29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Imam Shah Kembali Post Gambar Di ‘IG’ Selepas Empat Tahun, Hannah Delisha Usik – ‘Welcome Back’

    Shopee Sale



    Imam Shah

    Tindakan pelakon Imam Shah memuat naik hantaran terbaharu di Instagram telah mencuri perhatian apabila kali terakhir berkongsi hantaran di platform tersebut adalah pada 2021.

    ‘Welcome back’

    Imam Shah

    Menerusi perkongsian itu, Imam, 38, memuat naik gambar bersama isteri, aktres Hannah Delisha sewaktu mereka menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, Jumaat lalu.

    Tidak meletakkan kapsyen yang panjang, sebaliknya pemilik nama lengkap Muhammad Imam Shah hanya menulis perkataan ‘date’ beserta emoji hati berwarna merah dan putih.

    Difahamkan, emoji hati berwarna merah dan putih itu mewakili warna busana yang digayakan Imam dan Hannah di acara berprestij berkenaan.

    Sementara itu, Hanna atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch turut meninggalkan komen ‘welcome back’ di ruangan balas.

    Dalam pada itu, rata-rata wargamaya dan peminat juga mengucapkan ‘selamat kembali’ kepada Imam di Instagram.

    MENARIK:  Syasya Rizal Teruja Beraya Sebagai Isteri & Ibu, Dedah Suami Cerewet Bab Cari Baju Raya – ‘Penyudahnya Beli Online Juga’

    Menerusi pemerhatian , kali terakhir aktor asal Singapura itu memuat naik hantaran adalah pada April 2021 bagi mempromosikan drama lakonananya berjudul Rindu Salah Alamat.

    Sekadar info, Imam dan Hannah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2021 selepas lima tahun mereka berkenalan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah