34.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #CSOIAM: Cakra Khan Simpati Dengan Razman Razmi, Dedah Masih Sempat Siapkan Busana – ‘Saya Tiada Hak Masuk Campur’

    Shopee Sale



    Cakra Khan

    Meskipun mengalami kecederaan selepas dipukul seorang jurugambar, duo pereka fesyen, Razman dan Razmi sempat menyiapkan busana penyanyi Indonesia, Cakra Khan untuk dipakai pada konsert minggu keempat Calpis Soda One In A Million (CSOIAM).

    Rasa simpati

    Cakra Khan

    Menurut Cakra, dia terkejut apabila menerima perkhabaran tentang insiden itu pada minggu lalu dan lantas menghubungi Razman serta Razmi untuk menitipkan rasa simpati.

    Malah, kata pelantun lagu ‘Kekasih Bayangan’ itu, dia terbuka sekiranya duo pereka fesyen tersebut tidak sempat menyiapkan busananya.

    Video tersebut tular dan saya terkejut. Saya dimaklumkan oleh pemain keyboard di Indonesia.

    Saya sempat pesan kepada pengurus, jika mereka masih belum boleh bekerja atau sedang dalam proses untuk sembuh, tidak mengapa. Saya tidak mahu mengganggu.

    Tapi mereka kata semuanya lancar, lukisan baju sudah dihasilkan tinggal beberapa perkara sahaja lagi untuk disiapkan.

    Cakra berkongsi perkara itu ketika di sidang media konsert minggu keempat CSOIAM yang berlangsung di Glenmarie, Shah Alam, pada Ahad.

    MENARIK:  Isteri Terdetik Periksa Telefon Selepas Suami Meninggal Dunia – ‘Kecewa Betul, Kita Sayang Dia Beria’

    Tak masuk campur

    Cakra Khan

    Berkongsi lanjut, Cakra yang juga juri tetap CSOIAM berkata, dia hanya sekadar prihatin dan tidak berhak untuk masuk campur urusan peribadi duo pereka fesyen terbabit.

    Saya bukan orang yang ikut campur dalam masalah orang lain cuma saya prihatin dengan apa yang terjadi kepada Razman Razmi.

    Memang kami bekerjasama, tapi bukan hak saya untuk bertanya lanjut mengenai itu. Semoga semuanya baik-baik dan diselesaikan dengan sebaik mungkin

    Terdahulu, Razman Din, 53 dan Razmi Abdul Rahman, 46, cedera di bahagian pipi selepas diserang seorang jurugambar dikenali sebagai Aqo Imran.

    Insiden yang berpunca disebabkan isu hutang itu kemudian mengheret Aqo ke mahkamah selepas duo tersebut membuat laporan polis.

    Aqo atau nama sebenar Muhammad Imran Khairil, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor dan dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM7,000.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah