26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cosway Buka Era Baharu Dengan cosyoung! Karnival 3 Hari Ni Memang Lain Macam!

    Shopee Sale

    Kalau sebut Cosway, mesti ramai teringat jenama yang dah lama sinonim dengan produk kesihatan, kecantikan dan gaya hidup kan? Tapi kali ni, Cosway muncul dengan vibe baharu yang jauh lebih moden dan youthful!

    Sempena ulang tahun ke-46, Cosway (M) Sdn Bhd telah menganjurkan Cosway Reimagined, sebuah karnival tiga hari penuh warna-warni di LaLaport BBCC dari 26 hingga 28 September 2025, yang bukan saja meraikan legasi 46 tahun, tapi juga menandakan permulaan era baru di bawah pimpinan Puan Chryseis Tan siap dengan pelancaran rasmi jenama gaya hidup baharu, cosyoung!

    Mulakan energy dengan pergerakan & aktiviti yang fun!

    Karnival dibuka dengan sesi senaman Smart Fitness diketuai oleh jurulatih Bossfit, terus hidupkan suasana dari pagi!

    Kemudian diteruskan dengan seminar XHS Official x Cosway, membincangkan macam mana platform Xiaohongshu membentuk trend dan pilihan pengguna zaman sekarang.

    Hari pertama juga meriah dengan perkongsian kesihatan oleh Yun Zun, tutorial solekan, dan aktiviti interaktif Gachapon Spin & Win, siap boleh menang hadiah eksklusif lagi tau!

    Visi baharu Chryseis Tan & pelancaran rasmi cosyoung

    Hari kedua boleh dikira main highlight sebab CEO Cosway, Puan Chryseis Tan, buat ucapan rasmi pertamanya yang penuh semangat. Beliau tekankan misi Cosway untuk “bergerak lebih baharu, lebih berani dan bersedia untuk masa depan.”

    Turut hadir YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim Ismail, Pengerusi Berjaya Corporation Berhad, yang memberi ucapan hangat tentang potensi Cosway dalam membentuk generasi usahawan baru.

    Paling dinanti, pelancaran rasmi jenama baharu cosyoung, yang memang fresh gila! Cosyoung tampil dengan konsep gaya hidup moden yang fokus pada penjagaan kulit inovatif, suplemen kesihatan, dan produk harian untuk generasi muda.

    Ruang interaktif cosyoung jadi tumpuan utama dengan kehadiran pempengaruh dan media yang turut kongsikan momen mereka di media sosial.

    MENARIK:  Syarikat Lokasi Acara Saman Siti Jamumall Berjumlah RM1 Juta

    Hari kedua juga menyaksikan Majlis Pengiktirafan MPOS Elite, majlis menandatangani MOU bersama rakan kongsi utama seperti LocknLock, Zerocipe, Kolmar BNH, Ildong Bioscience dan Davos Life, serta Cabutan Bertuah Utama oleh Ogawa yang memang meriah habis!

    Penutup penuh gaya & inspirasi!

    Hari terakhir diteruskan dengan aktiviti feel good seperti senaman Smart Fitness dan pilates, diikuti perkongsian kesihatan bersama Yun Zun.

    Paling menarik, sesi Skintification of Hair with Zerocipe yang ajar cara rawat kulit kepala macam kita jaga kulit muka, siap kongsi tips jaga rambut sihat dan kuat dari akar!

    Acara ditutup dengan tutorial solekan terakhir yang memang dinanti semua, sambil pengunjung ambil peluang terakhir untuk rebut tawaran eksklusif Cosway sepanjang karnival.

    Cosway Reimagined 2025: Simbol evolusi jenama ikonik Malaysia!

    Cosway Reimagined 2025 bukan sekadar sambutan ulang tahun, tapi simbol kepada evolusi jenama yang dah bertapak lebih empat dekad. Di bawah pimpinan Puan Chryseis Tan, Cosway kini melangkah ke arah yang lebih progresif, moden dan relevan untuk semua generasi.

    Dengan pelancaran cosyoung, kerjasama antarabangsa bersama rakan dari Korea Selatan, serta semangat inovasi berterusan, Cosway komited untuk terus memperkasa pengguna Malaysia dengan produk berkualiti, sihat dan bergaya.

    Nak tengok sendiri macam mana Cosway ‘reimagined’ untuk masa depan?

    Jom explore produk dan gaya hidup baharu mereka di laman rasmi Cosway dan jangan lupa ikuti kemas kini terbaru di media sosial Cosway untuk lebih banyak kejutan menarik!

    The post Cosway Buka Era Baharu Dengan cosyoung! Karnival 3 Hari Ni Memang Lain Macam! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah