27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cantik Tak Salah, Tapi Apakah Hukum Rawatan Sulam Bedak?

    Shopee Sale

    Rawatan sulam bedak kini menjadi trend popular bagi wanita yang mahukan kesan wajah cerah dan berseri dalam tempoh singkat.

    Artikel Berkaitan: Dah Jadi Trend Cukur & Lukis Kening, Tapi Apa Hukum Sebenarnya? Ini Penjelasan Agar Tak Terjerat Dosa

    Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Minyak, Ini Kelebihan ‘Face Oil’ Untuk Kulit Wajah

    Sapuan separa kekal pada lapisan kulit

    Rawatan sulam bedak yang berasal dari Korea Selatan ini merupakan satu kaedah kecantikan yang melibatkan sapuan asas wajah separa kekal pada lapisan kulit.

    Selain itu, rawatan ini turut dikaitkan dengan kemampuannya dalam memudarkan pigmentasi, bintik hitam serta bekas jerawat, di samping membantu menyamakan tona kulit tanpa menutup liang pori wajah.

    Walau bagaimanapun, timbul persoalan mengenai hukum melakukan rawatan sulam bedak dari sudut syarak, kerana sifatnya yang tidak sepenuhnya bersifat sementara seperti pemakaian bedak biasa.

    Justeru, penilaian hukum melakukan sulam bedak perlu dirujuk kepada prinsip asas Islam berkaitan perhiasan dan penjagaan diri.

    Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dari aspek keselamatan, kerana sesuatu rawatan tersebut tidak seharusnya mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh badan.

    Oleh itu, sekiranya anda ingin menjalani rawatan ini, disarankan agar mendapatkan nasihat doktor bagi memastikan prosedur serta bahan yang digunakan selamat dan tidak memudaratkan kesihatan kulit dalam jangka panjang.

    MENARIK:  [VIDEO] Ananda Natasha Raih Perhatian Netizen, Mengaji Al-Quran Siap Bertarannum – ‘Masya-Allah, Sedapnya Alunan Suara’

    Bahan & kaedah yang tidak memudaratkan

    Seterusnya, objektif rawatan dan medium yang digunakan perlu diambil kira, memandangkan tujuan sulam bedak tidak berbeza daripada pemakaian bedak biasa, iaitu untuk mencantikkan diri.

    Maka, tujuan berhias ini tidak salah selagi medium yang digunakan dibenarkan syarak, dan sekiranya terdapat bahan atau kaedah yang meragukan, ianya boleh digantikan dengan alternatif selamat tanpa menjejaskan tujuan rawatan.

    Dalam masa yang sama, rawatan ini tidak seharusnya membawa kepada perubahan wajah yang ketara sehingga menimbulkan kekeliruan atau penipuan dalam pergaulan dan urusan harian.

    Perubahan yang dilakukan mestilah masih dalam batas menyempurnakan penampilan asal, bukan mengubah identiti seseorang secara melampau.

    Satu lagi perkara penting ialah dengan memastikan rawatan sulam bedak tidak menghalang air daripada sampai ke permukaan kulit ketika berwuduk atau mandi wajib.

    Oleh kerana sulam bedak bersifat separa kekal dan tidak menutup lapisan kulit sepenuhnya, ia tidak disamakan dengan tatu yang bersifat kekal.

    Penggunaan teknik seperti jarum mikro juga tidak menjadikan rawatan ini haram, memandangkan kaedah dan teknologi yang digunakan boleh berubah selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip syarak.

    Sumber: Mingguan Wanita, Instagram PU Azman

    The post Cantik Tak Salah, Tapi Apakah Hukum Rawatan Sulam Bedak? first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah