26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bila Semua Dapat Sama, Tak Bermakna Adil. Inilah Erti Sokongan Lebih Adil Untuk Rakyat

    Shopee Sale

    Ramai antara kita percaya bahawa kesamarataan bermaksud keadilan, bila semua orang dapat jumlah bantuan yang sama, semuanya jadi adil.

    Tapi, adakah itu betul-betul adil? 

    Hakikatnya, keperluan setiap rakyat berbeza. Ada yang perlu tampung anak kecil, ada yang menanggung ibu bapa, dan ada juga yang baru mula bekerja dengan gaji cukup-cukup makan. 

    Sebab itu, kerajaan memperkenalkan pendekatan “Sokongan Lebih Adil”, membantu rakyat mengikut keperluan, bukan memberi sama rata.

    Inilah juga yang dimaksudkan dengan kesaksamaan: memastikan setiap orang mendapat peluang dan sokongan yang sesuai untuk mereka terus maju.

    Sokongan lebih adil: Teras Reformasi Fiskal

    Melalui reformasi fiskal, setiap ringgit yang dibelanjakan kerajaan kini disalurkan dengan lebih berfokus supaya bantuan dan subsidi sampai kepada mereka yang paling memerlukan.

    Contohnya, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan terus kepada penerima B40 dan M40 yang layak bagi mengurangkan beban hidup harian.

    Sementara itu, subsidi Petrol RON95 pula kini diberikan secara automatik kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu aktif, supaya harga bahan api kekal mampu milik dan penggunaan subsidi lebih efisien. 

    Satu lagi contoh sokongan adil ialah subsidi elektrik yang kini diagihkan secara lebih saksama, di mana pengguna yang menggunakan tenaga lebih sedikit akan menerima subsidi yang lebih tinggi, manakala pengguna dalam kategori penggunaan tertinggi seperti kilang besar dan syarikat asing dikenakan surcaj. Hasil kutipan ini kemudiannya digunakan semula untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

    Dengan subsidi bersasar, kerajaan bukan sahaja dapat mengelakkan ketirisan dan pembaziran, malah memastikan rakyat yang benar-benar memerlukan tidak tercicir daripada perlindungan sosial negara.

    SST: Cukai lebih bersasar, tidak membebankan rakyat 

    Shutterstock

    Dalam memastikan sistem percukaian negara kekal adil dan mampan, kerajaan mengekalkan SST (Sales and Service Tax) sebagai cukai penggunaan yang lebih bersasar walaupun skopnya diperluaskan untuk menjana lebih hasil yang akan disalurkan kepada pembangunan negara.

    Peluasan skop SST yang dilaksanakan pada Julai 2025 ini mengenakan cukai hanya pada barangan dan perkhidmatan terpilih. Contohnya, barangan premium seperti king crab dikenakan cukai jualan, manakala barangan asas seperti ketam bunga dan makanan laut tempatan lain dikecualikan, supaya rakyat biasa tidak terbeban. 

    Bagi cukai perkhidmatan pula, ia disasarkan kepada transaksi antara perniagaan (B2B) dan masih mengecualikan perusahaan kecil. Sebagai contoh, cukai perkhidmatan ke atas sewaan dan pajakan tidak dikenakan kepada sewaan rumah individu dan syarikat yang merekodkan jualan bawah RM1 juta setahun.

    MENARIK:  Tersepit Dengan Treler Bawa Jengkaut, Dua Lelaki Meninggal Dunia

    Cukai perkhidmatan untuk sekolah swasta pula hanya dikenakan kepada pelajar di sekolah elit yang mengecaj yuran tahunan sebanyak RM60,000 dan ke atas. Cukai perkhidmatan ke atas kesihatan juga hanya dikenakan kepada warganegara asing, justeru mengecualikan rakyat Malaysia daripada membayar cukai untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan asas ini.

    Menaikkan lantai, menaikkan siling

    Segala dasar ini berpaksikan kepada kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan keseimbangan antara kebajikan rakyat dan tanggungjawab fiskal negara.

    Prinsip “Menaikkan Lantai” dalam kerangka Ekonomi MADANI bukan sekadar membantu golongan rentan, tetapi untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

    Ia merangkumi usaha memberi akses universal kepada utiliti asas, prasarana yang berkualiti di seluruh negara, serta perkhidmatan awam yang cekap dan berintegriti.

    Namun, dalam semangat kesaksamaan, golongan miskin dan rentan akan menerima dorongan tambahan agar mereka dapat memanjat tangga sosial, keluar daripada belenggu kemiskinan, dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat lain.

    Sementara itu, “Menaikkan Siling” pula bermaksud mengembangkan potensi maksimum pertumbuhan ekonomi negara. Ia bukan sekadar membuka peluang pekerjaan baharu, tetapi juga menumpukan kepada usaha menjana ekonomi bernilai tinggi melalui sektor strategik seperti:

    • Peralihan tenaga (energy transition)
    • Semikonduktor bernilai tinggi
    • Kecerdasan buatan (AI)
    • Keterjaminan makanan (food security)

    Dengan langkah ini, Malaysia mampu menarik pelaburan berkualiti, membina daya saing global, melahirkan lebih ramai usahawan berpasaran eksport dan mewujudkan peluang ekonomi yang mampan untuk semua lapisan rakyat.

    Namun, segala usaha ini tidak akan bermakna tanpa tatakelola yang baik. Kesaksamaan hanya dapat dicapai jika setiap pemimpin dan penjawat awam melaksanakan tanggungjawab dengan integriti, ketelusan dan keadilan.

    Dengan tatakelola yang kukuh, rakyat dapat diyakinkan bahawa setiap dasar dan bantuan dilaksana dengan jujur untuk kebaikan bersama, bukan kepentingan segelintir.

    The post Bila Semua Dapat Sama, Tak Bermakna Adil. Inilah Erti Sokongan Lebih Adil Untuk Rakyat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah