22.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bila Bergaul Dengan Ramai Suri Rumah, Baru Tahu Seronok Jadi Ibu’ – Elfira Loy

    Shopee Sale

    Pelakon Elfira Loy mengakui pernah memiliki stigma bahawa menguruskan rumah tangga dan memikul tanggungjawab sebagai ibu tanpa bantuan pembantu bukanlah sesuatu yang mudah.

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Boleh Ke Kita Equally Hebat? Kan Semua Kemampuan Berbeza’ – Elfira Loy 

    Bergaul dengan suri rumah

    Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Ahmad Sabri, 31, bagaimanapun berkata persepsi itu berubah selepas dia melalui pengalaman sendiri menguruskan anak-anak, selain banyak bergaul dengan suri rumah yang berkongsi rutin masing-masing.

    Dulu saya rasa sangat susah. Rasa tak patut buat benda ini, sepatutnya kena ada pembantu atau suami pun kena tolong juga.

    Bila bergaul dengan orang baru terutamanya suri rumah, baru tahu benda ini normal. Sentiasa ada cara untuk buat benda ini jadi seronok dan mudah.

    Memang tak semua orang nampak jalan itu tapi insya-Allah, dengan tunjuk ajar ibu lain benda jadi seronok. Sokongan orang lain sangat penting.

    Sebab itu saya tak terlalu fokus atau beri 100 peratus jadi ibu, lepas hantar anak saya nak masa rileks. Saya pergi main pickle ball. Asalkan jadual itu tepat, semua kerja ada jadual jadi mudah.

    Elfira berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Cakenis Athleisure & Cakenis Cup Pickleball Final Match yang berlangsung di Tomaz Pickleball, baru-baru ini.

    Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu menafikan dakwaan kononnya dia kini mempunyai pembantu rumah hanya kerana kerap dilihat aktif bermain pickleball.

    Menurutnya, hantaran di Threads sebelum ini sekadar peringatan buat ibu lain supaya tidak membandingkan kemampuan masing-masing.

    Selamat datang ke rumah saya dan tengok mana ada pembantu rumah. Semua orang nak ada pembantu. Bukan saya post itu kata saya boleh buat semua, usaha kita buat sebenarnya terbantut sebab selalu bandingkan dan tak jumpa jalan.

    Orang rasa ibu kena pandai dan tahu, ada setengah yang tengok orang lain baru faham. Itu mesej yang saya nak sampaikan. Ke hadapan nanti, saya akan akan ada cabaran baru, dengan perkongsian tersebut ibu lain akan ceritakan kepada saya.

    Contohnya, tahun hadapan anak saya tujuh tahun. Dunia baru, saya tidak tahu macam mana nak pilih sekolah. Dengan nasihat ibu-ibu lain dapat membantu saya.

    ‘Saya mampu’

    Menyentuh soal pembantu rumah, Elfira turut mendedahkan dia pernah menggaji beberapa orang sebelum memutuskan untuk menguruskan anak-anak sendiri.

    Saya mampu (jaga anak) alhamdulillah, saya pernah lima kali tukar pembantu rumah. Ada yang tak kena macam anak saya tidak okey.

    Bila saya serahkan kerja kepada pembantu rumah untuk pergi penggambaran, dia tidak mahu teruskan. Macam mana dengan jadual yang saya dah ‘lock’?

    Jadi lagi susah kena bayar pihak ketiga untuk jaga anak saya. Saya rasa okey saja, lebih 10 tahun dalam industri, apa salahnya saya berhenti jaga anak.

    Terdahulu, Elfira mengakui pernah berasa rendah diri ketika membandingkan dirinya yang menguruskan semua urusan rumah tangga sendiri dengan wanita lain yang mempunyai pembantu.

    MENARIK:  ‘Inilah #Malaysiaku’, Perodua Tampilkan Keunikan Negara Dalam Video Ringkas Berdurasi 60 Saat!

    Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf, 6, dan Nur Aria Mikayla, 4.

    The post ‘Bila Bergaul Dengan Ramai Suri Rumah, Baru Tahu Seronok Jadi Ibu’ – Elfira Loy first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah