Kemelut rumah tangga pasangan selebriti iaitu Beego dan Linda Hashim dijangka dilanjutkan ke proses hakam selepas Beego tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Artikel Berkaitan: Beego Kesal Dengan Kenyataan Linda Hashim – ‘Kalau Isteri, Mana Boleh Keluar Rumah 9 Bulan Tanpa Izin’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Linda Hashim Dakwa Beego ‘Hilang’? – ‘Nak Harap Bapaknya, Tak Nak Ambil Tahu Pun Pasal Anak-Anak’
Tak hadir

Ketika ditemui , peguam yang mewakili Beego iaitu Muhammad Akmal Amzan memaklumkan anak guamnya itu tidak dapat hadir atas masalah kesihatan.
Beego tak hadir sebab dia tak berapa sihat dan waktu dia telefon saya tadi pun suara dia serak basah seperti tengah batuk dan selesema.
Mengulas lanjut, Akmal berkata, Beego atau nama lengkapnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah berharap agar kemelut rumah tangganya dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Kalau ikutkan Beego tak mahu lagi menceraikan isterinya.
Apa yang saya boleh katakan ialah anak guam berharap dapat diselesaikan dengan cara baik dan kalau boleh tak mahu dipanjangkan.
Sementara itu, Linda atau nama lengkapnya Norhazlinda Hashim berharap agar segala urusan dapat diselesaikan hari ini tanpa perlu melalui proses hakam.
Saya harap hari ini selesai, tak perlulah sampai ke hakam tetapi kalau sampai ke hakam, saya ikut sahaja proses sampai selesai.
Mahu bercerai

Pada 23 April lalu, Linda dan Beego selesai melakukan proses JKP berhubung kes perceraian mereka.
Mahkamah menetapkan 30 Jun sebagai tarikh mendengar laporan JKP sebelum ditunda ke hari ini.
Terdahulu, Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.
Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.
Hal itu berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac tahun sama.
Dedah Linda, mereka pernah bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk pada April 2023.
Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.
Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
The post Beego Tak Hadir Laporan JKP Kerana Kurang Sihat, Linda Hashim Sedia Ke Proses Hakam first appeared on OHBULAN!.





