27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bapa Pertahan Marsya, Bidas Dakwaan Tak Menyerlah Lepas TTMM – ‘Kau Dah Kenapa? Rezeki Masing-Masing’

    Shopee Sale

    Bapa kepada penyanyi, Marsya tampil membidas kenyataan yang mendakwa anaknya tidak menyerlah selepas menjuarai program Talk To My Manager musim pertama.

    Artikel Berkaitan: Liza Hanim Syukur Marsya Juara TTM – ‘Saya Doa Biarlah Tempat Kedua Milik Saya, Tempat Pertama Milik Anak’

    Artikel Berkaitan: Marsya Anak Liza Hanim Juara Talk To My Manager

    Rezeki masing-masing

    Menerusi komen di Threads, Shahrin mempertahankan anaknya dengan menegaskan bahawa setiap individu mempunyai rezeki yang telah ditentukan masing-masing.

    Jelasnya, keutamaan Marsya ketika ini adalah untuk memberi sepenuh fokus terhadap pelajarannya.

    Kau dah kenapa? Rezeki masing-masing. Sekarang keutamaan Marsya adalah degree dan sambung master.

    Buat benda yang menjamin masa depan dan muzik adalah bonus.

    Kata suami kepada Liza Hanim itu, merekalah yang menentukan hala tuju bagi anaknya.

    Sebagai ibu bapa kami yang set direction Marsya. Buat research dulu tentang industri music malaysia baru bercakap atau menulis dengan bijak.

    Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang individu secara terbuka mendakwa bahawa walaupun Marsya muncul sebagai juara program Talk To My Manager, namun barisan finalis lain yang mewah dengan tawaran persembahan.

    MENARIK:  Shahida Kongsi Jatuh Bangun Dunia Perniagaan – ‘LHDN Puluhan Juta, Akaun Bank Dibekukan’

    Perkongsian itu kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ramai.

    Sumber: Threads

    The post Bapa Pertahan Marsya, Bidas Dakwaan Tak Menyerlah Lepas TTMM – ‘Kau Dah Kenapa? Rezeki Masing-Masing’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah