Keadaan anak lambat berkomunikasi menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa namun pelbagai usaha boleh dilakukan bagi membantu melancarkan percakapan mereka.
Artikel Berkaitan: Kepentingan Pendidikan Seksual Mengikut Kesesuaian Umur Anak
Artikel Berkaitan: Mendidik Tanpa Tinggikan Suara, Kesan Lebih Positif Pada Tumbesaran Anak
Usaha bantu anak bercakap

Perkembangan bahasa dan pertuturan merupakan antara aspek penting dalam tumbesaran anak namun tidak semua melalui fasa ini pada kadar yang sama.
Memetik laporan The Asian Parent, An-Nisaa dan surah At-Thaha merupakan dua surah yang boleh diamalkan sebagai ikhtiar membantu melancarkan percakapan anak.
Jika anak lambat bercakap, bacakan Surah Al-Fatihah dan surah An-Nisaa pada madu.
Kemudian sapukan bawah lidah anak yang lambat bertutur.
Selain itu, boleh juga amalkan surah At-Thaha ayat 25-28 setiap hari selepas bersolat atau ketika bersama dengan anak.
Selain itu, ibu bapa perlu praktikkan berkomunikasi dengan anak menggunakan ayat mudah dan jelas walaupun tiada respon yang diterima.
Usaha untuk melancarkan percakapan anak yang lambat bercakap memerlukan kesabaran, konsistensi dan sokongan daripada persekitaran terdekat kerana setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza.
Dengan pendekatan yang betul dan penuh kasih sayang, anak akan lebih yakin untuk berkomunikasi dan perkembangan pertuturannya dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Sumber: The Asian Parent
The post An-Nisaa & At-Thaha Antara Surah Bantu Anak Lambat Bercakap first appeared on OHBULAN!.





