Pelawak, Amir Raja Lawa berkongsi rasa sayunya apabila terpaksa menjual kereta kesayangannya, mendapatkan wang segera selepas mendakwa masih belum menerima bayaran daripada sebuah stesen televisyen terkenal.
Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Mohon Stesen Televisyen Lunaskan Baki Bayaran – ‘Saya Perlukan RM18,000 Itu’
Amir jual kereta kesayangan
View this post on Instagram
Menerusi Instagram (IG), Amir atau nama lengkapnya Mohammad Amirullah Azmi memaklumkan dia terpaksa ‘mencairkan’ aset yang merupakan kereta jenis Proton Juara itu demi meneruskan kelangsungan hidup.
Sedih tu ada lah terasa, sebab kereta ini walaupun sekejap dengan saya, tapi banyak kenangan dan berjasa juga.
Kereta ini juaga ikut saya berniaga. Merata kami bersama ke negeri seperti Johor dan Perak, pergi berniaga air di tepi jalan.
Rancangnya nak buat cantik-cantik, nak pergi ‘camping’ tapi tak kesampaian.
Ada benda lagi mustahak untuk saya buat dan terpaksa cairkan satu aset ini. Selamat jalan, Proton Juaraku.
Menerusi perkongsian yang sama, bekas peserta program realiti Raja Lawak ini mendakwa dia masih lagi belum menerima bayaran berjumlah RM18,000 daripada stesen berkenaan.
Terdahulu, Amir memuat naik hantaran mendakwa bayarannya bersama sebuah stesen televisyen masih tertunggak.
Dakwa Amir, dia hanya menerima sebahagian bayaran iaitu RM5,000 daripada jumlah keseluruhan yang mencecah RM23,000.
Sumber: IG Amir Raja Lawak
The post Amir Raja Lawak Terpaksa Jual Kereta Kesayangan, Stesen TV Masih Belum Lunas RM18,000 first appeared on OHBULAN!.





