28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Allah Itu Dah Baik Dengan Aku, Tap Aku Yang Jahat’- Saby Rose

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Saby Rose, 30, berkongsi detik penuh emosi menerusi satu video di TikTok bersama pendakwah muda, Iddin Ramli, 29. Saby menceritakan detik yang membuatkan dirinya benar-benar istiqamah dalam perubahan hidup.

    Artikel Berkaitan: Isteri Ker*t Kemaluan Suami Ketika Tidur, Cemburu Baca Mesej Dengan Wanita Lain

    Saby sebak kenang pemergian bapanya

    Ketika ditanya Iddin dalam sebuah podcast mengenai perkara yang membuatnya kuat untuk terus istiqamah, Saby menjawab dengan penuh rasa sebak.

    Allah itu dah baik dengan aku, tapi aku yang jahat.

    Saby turut berkongsi bahawa kehilangan ayah bukanlah ujian yang paling buruk dalam hidupnya, sebaliknya ujian yang datang itu menjadi tanda kasih sayang Allah.

    Ujian besar datang bersama kesedaran

    Dalam sesi tersebut, Iddin Ramli menambah bahawa ramai yang menyangka tanda Allah sayang adalah apabila semua doa dimakbulkan, sedangkan hakikatnya kasih sayang Allah hadir dalam bentuk ujian dan kehilangan.

    Tanda Allah sayang kita, Dia jauhkan kita daripada perkara yang kita nak. Kadang Allah uji dengan sesuatu yang besar, tapi dari situ datangnya kesedaran dan kesedaran itu adalah nikmat besar.

    Sabby akui, walaupun diuji berkali-kali, dia sedar satu perkara penting.

    Allah memang tak pernah pergi.

    Sekadar info, Saby Rose baru sahaja kehilangan ayah tercintanya pada Julai lalu.

    MENARIK:  Puteri Sarah Terbuka Selesai Cara Baik Dengan Bekas Pekerja – ‘Hidup Ini Singkat, Kenapa Nak Stres’

    Sumber: TikTok

    The post ‘Allah Itu Dah Baik Dengan Aku, Tap Aku Yang Jahat’- Saby Rose first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah