26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Allah Beri Rezeki Saya Rasa Pengalaman Bersalin Normal Tanpa Epidural’

    Shopee Sale

    Melahirkan cahaya mata sulung secara normal, penyanyi, Syasya Rizal menyifatkan perkara itu sebagai satu pengalaman yang indah buat dirinya.

    Artikel Berkaitan: Anak Syasya Rizal Dah Pandai Sebut Bapa Di Usia Lima Bulan

    Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Teruja Beraya Sebagai Isteri & Ibu, Dedah Suami Cerewet Bab Cari Baju Raya – ‘Penyudahnya Beli Online Juga’

    Beranak normal, tanpa epidural

    Menurut Syasya, 25, sewaktu melahirkan, dia juga tidak mengambil epidural kerana bayinya sudah separuh keluar.

    Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk saya merasa pengalaman bersalin normal tanpa epidural.

    Padahal waktu tengah lalok gas, saya dah drama suruh suami panggil jururawat cucuk epidural, tapi tak sempat. Sebabnya, kepala Yassir (anak) dah betul-betul dekat bawah (dah keluar).

    Sempat juga tengah lalok itu saya pandang ke arah doktor dan cakap dalam hati, ‘semua wanita hebat sebab boleh lahirkan anak’.

    Syasya berkongsi perkara itu menerusi sesi soal jawab atau ‘Q&A’ di Instagram Story miliknya.

    MENARIK:  ‘Saya Penat & Tertekan, Rasa Macam Hilang Kawalan’ – Syada Amzah

    Tambah bekas anggota kumpulan Dolla itu, dia turut memuji pengorbanan setiap ibu yang berjuang melahirkan cahaya mata.

    Untuk peringatan, guna epidural bukan ‘cheat code’ okay. Setiap ibu pasti ada perjalanan bersalin masing-masing dan berbeza.

    Ada yang bersalin normal, ada yang czer, ada yang pakai epidural dan ada yang tidak. Semua ibu layak dihargai. Pada akhirnya, kita akan lihat semua ibu berjuang sehabis baik untuk melahirkan insan ke dunia.

    Pada 23 Disember tahun lalu, pemilik nama sebenar Afiqah Shahrizal berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.

    Imbas kembali, bekas anggota kumpulan Dolla itu mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah Mohd. Sapie pada April 2024.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Allah Beri Rezeki Saya Rasa Pengalaman Bersalin Normal Tanpa Epidural’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah