26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita direman ceroboh ruang solat, dakwa bacaan imam, bilal terlampau kuat

    Shopee Sale

    Seorang wanita yang menceroboh ke ruang solat lelaki di Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Ferringhi telah direman pihak polis selepas mendakwa suara bacaan imam dan bilal terlalu kuat dan mengganggu kejiranan.

    Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Timur Laut Razlam Ab Hamid berkata wanita warga emas itu telah direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan selepas dia diserahkan sendiri oleh keluarganya kepada balai polis berhampiran.

    Selain itu, katanya, wanita terbabit akan dirujuk ke pakar psikiatri.

    Setakat ini, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

    "Kita menerima tujuh laporan polis berkenaan kes tersebut, dan kita juga akan merujuk wanita berkenaan kepada pakar psikiatri kerana suspek seperti mempunyai masalah mental," katanya ketika dihubungi.

    Pada 12 Mac, satu video yang memaparkan seorang wanita yang tidak menutup aurat memasuki ruang solat lelaki di masjid berkenaan sekitar jam 10 malam.

    MENARIK:  Tak perlu takut hubungan Umno-DAP, kata Johari Ghani

    Menurut Pengerusi Masjid, Ismail Din, ini merupakan kali ketiga insiden sama berlaku melibatkan wanita berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati dengan dua aduan sebelum ini dilakukan menerusi surat yang dikirim kepada masjid.

    Katanya, wanita terbabit mendakwa laungan azan subuh di masjid itu mengganggu jiran yang sedang tidur.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah