25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita dalam video Tei beri keterangan berjam-jam di SPRM

    Shopee Sale

    Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam keterangan wanita yang dilihat dalam klip video perbualan bersama seorang ahli perniagaan Albert Tei bagi membantu siasatan melibatkan tohmahan terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

    Wanita itu tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 2.30 petang ditemani peguamnya, R Shugan dan setakat 8 malam, proses mengambil keterangannya belum selesai.

    Dalam kenyataan, SPRM memaklumkan telah menghubungi Shamsul Iskandar dan dimaklumkan beliau tidak dapat hadir hari ini kerana berada di Sabah dan akan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM petang esok.

    MENARIK:  MP Labuan dakwa pindaan perlembagaan Bersatu tak jejaskan kerusinya

    Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

    Terdahulu, media melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mahu siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan Tei dan Shamsul Iskandar, diselesaikan segera dan telah mengarahkan pegawainya untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh dua minggu.

    Selasa lepas, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah