25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    UAE gesa PBB benarkan langkah bagi buka semula Selat Hormuz

    Shopee Sale

    Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membenarkan langkah, termasuk penggunaan kekuatan untuk membuka semula Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi memetik Bloomberg pada Rabu.

    Majlis perlu mengambil tindakan segera bagi memastikan pelayaran selamat di selat itu dan kawasan sekitarnya, kata Duta Mohamed Abushahab dalam surat bertarikh Selasa kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan Presiden Majlis Keselamatan.

    Negara Teluk itu secara khusus berusaha untuk menggunakan Bab 7 Piagam PBB.

    Rangka kerja perundangan itu memberi kuasa kepada majlis berkenaan untuk menangani ancaman terhadap keamanan antarabangsa melalui langkah yang merangkumi sekatan ekonomi hingga penggunaan kekuatan ketenteraan yang dibenarkan.

    MENARIK:  Cuaca panas: Hadkan aktiviti luar, ambil langkah berjaga-jaga

    Selat Hormuz terjejas sejak awal Mac, apabila Iran bertindak menyekat laluan perairan itu sebagai tindak balas terhadap serangan AS-Israel yang bermula pada 28 Feb.

    Kira-kira 20 juta tong minyak, iaitu sekitar 20 peratus bekalan global melalui selat itu setiap hari.

    Penutupannya telah menyebabkan harga minyak global meningkat, mengganggu perkapalan dan mencetuskan kebimbangan terhadap kesan ekonomi yang berpanjangan.

    AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran sejak akhir Februari, menyebabkan lebih 1,340 orang terbunuh termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu, Ali Khamenei.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah