25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump kata ‘mungkin’ bertemu Putin bulan ini

    Shopee Sale

    GLOBAL l Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata beliau "mungkin" bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin bulan ini, lapor Xinhua.

    Menolak kebimbangan Ukraine mengenai tidak dijemput ke rundingan AS-Rusia di Arab Saudi bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine, Trump berkata dalam sidang akhbar di estet Mar-a-Lago, Florida, bahawa Ukraine sepatutnya telah membuat perjanjian dengan Rusia tiga tahun lepas.

    "Hari ini, saya dengar, 'oh, kami tidak dijemput'. Kamu sudah berada di sana selama tiga tahun, sepatutnya sudah menamatkannya... sepatutnya anda tidak pernah memulakannya. Kamu boleh sahaja mencapai perjanjian," kata Trump.

    Trump juga berkata beliau tidak menolak penempatan tentera pengaman Eropah di Ukraine.

    MENARIK:  Polis buru wanita miliki dua IC, disyaki dalang sindiket dadah di Kelantan

    "Mempunyai tentera di sana tidak mengapa. Saya tidak akan membantahnya," katanya. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa AS tidak akan terlibat, "kerana kita sangat jauh".

    Terdahulu pada Selasa, Setiausaha Negara AS Marco Rubio mengumumkan bahawa AS dan Rusia mencapai persetujuan mengenai empat prinsip selepas rundingan di Arab Saudi, termasuk penubuhan pasukan peringkat tinggi bagi membantu "merundingkan dan mencari jalan menamatkan konflik di Ukraine dengan cara yang berkekalan dan boleh diterima oleh semua pihak yang terlibat".

    Pertemuan di Arab Saudi ini menjadi petunjuk terbaharu terhadap pemulihan hubungan antara Washington dan Moscow yang sebelum ini tegang sejak Trump memegang jawatan pada Januari.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah