30.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    TPM pertahan 'bonus' PHB, 'tajaan' makan malam sekolah CEO

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof mempertahankan bayaran "bonus" oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) walaupun GLC itu tidak mencapai KPI untuk 2023.

    Berucap ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air di Dewan Rakyat , semalam, katanya pembayaran tahun lalu - yang disebut sebagai "bayaran khas" atau "imbuhan" menurut timbalan perdana menteri itu - adalah kerana peningkatan keuntungan kasar.

    “PHB telah mencatatkan pengingkatan keuntungan kasar dan (pendapatan) koperasi pada tahun kewangan 2023.

    “Kita lihat PHB laksanakan transformasi syarikat menjadi asas kepada pertumbuhan jangka panjang. Sebab itu imbuhan dibayar bukan sebab bonus tapi sebab pencapaian apa yang mereka telah laksanakan ebagai imbuhan,” katanya.

    Fadillah juga menyebut beberapa angka “220.8 juta, ini untuk 2022, iaitu 213.7 juta, dan RM317juta kalau digabungkan, prestasi kewangan yang baik". Namun tidak jelas apa yang dia maksudkan secara khusus.

    MENARIK:  ‘Tak bersalah selagi tak dibuktikan’ - Peguam kecam suspek rogol statutori dibuang sekolah

    Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat, pendapatan PHB meningkat daripada RM370 juta pada tahun kewangan 2022 kepada RM396 juta pada 2023.

    Bagaimanapun, keuntungan turun daripada RM33.89 juta kepada RM31.74 juta.

    Sebelum ini, dilaporkan PHB hanya mencapai 42 peratus daripada KPI untuk 2023.

    Bagaimanapun, lembaga itu diyakinkan untuk membayar "bayaran khas" sebanyak 2.75 bulan gaji.

    Ketua pegawai eksekutif syarikat itu menerima "bayaran khas" sebanyak 2.75 bulan, dengan tambahan 0.25 bulan, yang semuannya berjumlah RM210,000.

    Mengenai soalan tambahan Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung "tajaan" RM50,000 untuk acara makan malam alumni sekolah CEO itu, Fadillah berkata ia adalah antara kaedah pemasaran.

    Katanya menerusi majlis itu, PHB berjaya menjual 500,000 unit saham Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah