MUKTAMAR PAS l PAS tidak cenderung untuk bekerjasama dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kerana status kes jenayahnya, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan Presiden PAS itu berkata parti itu bimbang untuk bekerjasama dengan Zahid kerana dia belum dibebaskan daripada 47 pertuduhan rasuah, di sebalik keputusan pihak pendakwaan menarik balik kes mereka terhadap timbalan perdana menteri tersebut.
“Kes Zahid masih lagi status DNAA (pelepasan tanpa pembebasan). Tapi sekiranya ada bukti-bukti (kemudian) maka dia (boleh) disabitkan,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media selepas berakhirnya Muktamar PAS ke-70 di Temerloh, Pahang hari ini.

Dia diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, yang mempersoalkan logik PAS cuba memancing sokongan Umno tanpa membabitkan Zahid.
[Berita penuh menyusul]





