Peniaga input untung, petani tertekan–Penanaman intensif meningkatkan permintaan terhadap baja, benih, dan racun perosak.
Ini menguntungkan syarikat besar tetapi membebani petani dengan kos tinggi.
Sistem pertanian intensif sebegini hanya menguntungkan syarikat besar sambil mengeksploitasi petani kecil.
Tanah terus dieksploitasi–Penanaman berterusan tanpa rehat mengurangkan kesuburan tanah, menyebabkan degradasi jangka panjang dan mengancam hasil pertanian masa depan.
Beban kerja dan kewangan petani meningkat–Petani terpaksa bekerja lebih keras dengan risiko kegagalan tanaman yang lebih tinggi, sambil menanggung kos input yang semakin mahal.
Pencemaran alam dan kesihatan–Penggunaan bahan kimia berlebihan mencemarkan alam sekitar, mengancam kesihatan petani seperti kanser, dan memusnahkan biodiversiti.
Alternatif Lestari
Tingkatkan hasil per musim dengan kearifan tempatan–Meningkatkan hasil permusim adalah kunci sebenar untuk mencapai produktiviti yang mampan.
Dengan menggabungkan kearifan tempatan, amalan pertanian cekap, pengairan yang baik dan penggunaan sumber secara bijak, petani boleh mencapai hasil yang lebih tinggi tanpa menjejaskan kesihatan tanah atau alam sekitar.
Pertanian organik untuk masa depan–Kurangkan ketergantungan pada bahan kimia dengan amalan organik yang menjaga kesuburan tanah dan membuka pasaran bernilai tinggi.
Diversifikasi tanaman untuk kestabilan–Galakkan penanaman pelbagai jenis tanaman seperti sayuran, buah-buahan, dan tanaman tempatan untuk mengurangkan risiko, meningkatkan pendapatan, dan mengekalkan kesuburan tanah.
Kawalan biologi untuk pengurusan perosak–Gunakan kaedah kawalan biologi seperti memperkenalkan pemangsa semula jadi atau menggunakan mikroorganisma bermanfaat untuk mengawal populasi perosak, mengurangkan keperluan racun kimia.
Wujudkan sistem yang adil untuk petani dan hapuskan kartel–Harga input yang tinggi dan keuntungan yang tidak seimbang, yang lebih memihak kepada syarikat besar pembekal dan pemasaran, perlu diatasi.
Sistem yang curang dan kartel dalam pertanian padi perlu dihapuskan.
Kesimpulan
Projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun berisiko mengeksploitasi tanah dan membebankan petani, sementara syarikat dan pembekal input meraih keuntungan besar.
Kerajaan perlu fokus pada peningkatan hasil per musim tanpa membebankan petani.
Pendekatan seimbang yang menggabungkan kearifan tempatan, pertanian organik, diversifikasi tanaman, dan kawalan biologi adalah kunci kepada ketahanan makanan jangka panjang.
Sistem dan pengagihan keuntungan yang adil untuk petani juga akan membantu para petani dan negara.
Seperti yang dikatakan oleh Vandana Shiva, "Masa depan pertanian terletak pada harmoni dengan alam, bukan eksploitasi."
MS ANUAR MAHMOD bergiat dalam Pertubuhan Pengguna Luar Bandar dan Ekologi Malaysia.
Tulisan ini tidak semesinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.





