26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Stoking kalimah Allah: Polis terima 178 laporan di seluruh negara

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 178 laporan di seluruh negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart cawangan Bandar Sunway di Petaling Jaya, setakat ini.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata PDRM turut menerima 30 laporan mengenai ketidakpuasan hati terhadap hantaran melalui Facebook mengenai isu sama.

    “Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius isu ini dan tindakan penguatkuasaan diambil dengan melaksanakan pemeriksaan di semua premis KK Mart di seluruh negara dan hasil pemeriksaan mendapati KK Mart telah menarik balik semua stoking berkenaan di semua cawangan di seluruh negara.

    “Namun, siasatan lanjut kita laksanakan terhadap pengurusan dan vendor terlibat bagi pastikan ia tidak berulang lagi. Walaupun permohonan maaf telah dikemukakan pihak KK Mart dan vendor terlibat, KDN akan teruskan siasatan bagi menangani isu ini yang mencetuskan kegemparan dan kegusaran awam,” katanya.

    MENARIK:  3 lelaki didenda, jalani khidmat masyarakat kerana buang puntung rokok

    Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KDN di Dewan Negara hari ini.

    Sementara itu, Shamsul Anuar berkata sebanyak 771 kertas siasatan dibuka bagi kes isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) sejak 2020 dengan 71 kes telah dituduh di mahkamah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah