26 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Status kerusi enam wakil rakyat Bersatu diputuskan speaker – Zahid

    Shopee Sale

    Kedudukan kerusi enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sama ada kekal atau dikosongkan akan ditentukan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, kata Timbalan  Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Katanya beliau percaya kedudukan wakil rakyat berkenaan, akan ditentukan berdasarkan peruntukan yang terkandung di dalam akta anti lompat parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663).

    Ahmad Zahid berkata beliau juga menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, sekiranya notis pengosongan kerusi dibawa ke sidang Parlimen pada hujung bulan nanti.

    “Kita serahkan kepada budi bicara speaker dan tunggu persidangan Parlimen pada hujung bulan ini,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Sambutan Hari TVET Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Banting hari ini.

    Sebelum ini, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keahlian wakil rakyat Bersatu yang tidak mematuhi arahan kepemimpinan, terhenti serta-merta.

    MENARIK:  Pelajar 'tanpa dokumen' dibebas lepas lapan hari di lokap

    Mereka ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang Abdul Rashid Asari.

    Semalam, Johari mengesahkan beliau belum menerima sebarang notis rasmi daripada mana-mana pihak, berhubung kekosongan kerusi disandang enam Ahli Parlimen berkenaan yang digugurkan keahlian mereka dalam parti, baru-baru ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah