31 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sekolah diminta tangguh aktiviti luar jika suhu lebih 35 darjah Celsius

    Shopee Sale

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta sekolah menangguhkan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah Celcius, selain memantau aktiviti berpotensi mendedahkan murid kepada cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

    Menerusi kenyataan hari ini, KPM turut meminta semua institusi pendidikan di bawahnya meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah wajar bagi menghadapi cuaca panas apabila sekolah kembali dibuka pada Ahad dan Isnin ini.

    "Institusi pendidikan juga perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi serta menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan," katanya.

    KPM turut meminta pihak sekolah membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.

    Pada masa sama KPM meminta sekolah sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik serta hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi kesihatan dalam kalangan murid.

    MENARIK:  Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April

    Selain itu, kata KPM, pihak pengurusan sekolah boleh mempertimbangkan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas, bergantung kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.

    KPM turut menekankan bahawa semua institusi pendidikan perlu peka terhadap situasi fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa.

    Berdasarkan kalendar akademik, cuti penggal kumpulan A membabitkan Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula 20 Mac hingga 28 Mac, manakala kumpulan B (Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan) bercuti dari 21 Mac hingga 29 Mac.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah