29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sambutan pengundi ketika kempen buat Awie optimis

    Shopee Sale

    Tidak sampai 24 jam tempoh berkempen pilihan raya kecik (PRK) DUN Nenggiri akan tamat, calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani optimis mampu mencipta kejayaan esok.

    Keyakinan itu berdasarkan reaksi positif yang ditunjukkan pengundi sepanjang kempen PRK berlangsung sejak 3 Ogos lalu.

    "Insya-Allah positif, (bagaimanapun) akan berkerja hingga ke garisan terakhir," katanya ketika ditemui di Gua Musang, Kelantan hari ini.

    Turut serta Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh.

    Esok seramai 20,259 pengundi berdaftar akan membuat keputusan bagi menentukan wakil rakyat baru di kerusi Nenggiri.

    Sama ada Mohd Azmawi yang lebih dikenali sebagai Awie yang menjadi pilihan pengundi atau calon PAS Mohd Rizwadi Ismail diberi peluang berkhidmat, semuanya akan terjawab esok.

    Pertembungan Awie dan "Ustaz Wadi" menarik kerana kedua-dua mereka menetap di kampung sama di Bertam Lama, Gua Musang.

    PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu.

    MENARIK:  Peluasan SST bukan undang-undang Tuhan, boleh diteliti semula - Supol Anwar

    Pada PRN Ogos tahun lalu, Mohd Azizi memenangi kerusi itu dengan majoriti 810 undi menewaskan penyandangnya Ab Aziz Yusoff dari BN.

    Sementara itu Akmal yakin Awie yang juga Ketua Pemuda Umno Kelantan itu mampu menang esok.

    "Berdasarkan gerak kerja saya yakin BN akan menang esok.

    "Awie juga cukup popular dalam kalangan masyarakat Nenggiri," katanya.

    Katanya, Awie merupakan calon popular di Nenggiri selain mood pengundi dilihat memihak kepada BN.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah