Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Muhammad Yusoff Rawther untuk memaksa polis mendedahkan keputusan ujian poligraf yang diambilnya pada Disember 2019.
Pesuruhjaya kehakiman Johan Lee Abdullah petang ini menolak penemuan pihak ketiga oleh Yusoff, yang mahu bergantung pada ujian itu untuk mengukuhkan samannya berhubung dakwaan serangan seksual oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Pada 17 Dis 2019, plaintif ke Bukit Aman untuk menjalani ujian poligraf berhubung siasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual oleh Anwar.
Pada 2021 kemudian, Yusoff memfailkan tindakan sivil atas dakwaan bahawa Anwar telah melakukan serangan seksual terhadapnya di pejabat presiden PKR pada Oktober 2018.





