28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saham berkaitan O&G meningkat, Iran beri isyarat Selat Hormuz akan terus ditutup

    Shopee Sale

    Saham berkaitan minyak dan gas dibuka tinggi selepas pemimpin tertinggi baharu Iran memberi isyarat bahawa Selat Hormuz akan terus ditutup.

    Pada 10.45 pagi, saham Hengyuan Refining Company Bhd meningkat lima sen kepada RM1.66 dengan 6.73 juta saham diniagakan, Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd naik enam sen kepada RM4.73 (482,000 saham), Dialog Group Bhd menokok 10 sen kepada RM1.98 (787,500 saham) dan Velesto Energy Bhd menambah setengah sen kepada 33 sen (7.79 juta saham).

    Pemimpin tertinggi baharu Iran, Mojtaba Khamenei mengumumkan Selat Hormuz akan terus ditutup dalam kenyataan pertamanya sejak menggantikan bapanya yang terbunuh, dengan mesej itu disiarkan di televisyen kerajaan.

    Setakat ini, harga minyak mentah Brent naik 0.09 peratus kepada US$100.50 setong.

    MENARIK:  Krisis perkapalan Hormuz meruncing, serangan peluru berpandu meningkat

    Menurut Apex Securities Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, sentimen global dijangka kekal berhati-hati berikutan konflik Asia Barat yang memuncak, mewujudkan kebimbangan mengenai gangguan terhadap bekalan tenaga.

    “Iran berikrar untuk terus menutup Selat Hormuz dan meningkatkan serangan terhadap kapal perdagangan serantau serta pangkalan tentera AS manakala beberapa serangan ke atas kapal tangki di Teluk Parsi dan pelabuhan Iraq telah mengganggu aliran minyak mentah.

    “Harga minyak telah melonjak melebihi US$100 setong berikutan risiko yang meningkat, berpotensi mewujudkan semula kebimbangan inflasi global dan menjejaskan kesediaan pelabur untuk mengambil risiko,” katanya.

    Sehubungan itu, Apex Securities memaklumkan pasaran dijangka kekal tidak menentu serta pelabur memantau perkembangan geopolitik dan impaknya terhadap pertumbuhan global, keselamatan tenaga dan dinamik inflasi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah