29 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘ROS dah tulis surat, tiada siapa boleh mesyuarat tanpa izin Samsuri’ 

    Shopee Sale

    Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengesahkan pelantikan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan oleh itu tiada sebarang mesyuarat boleh diadakan tanpa keizinannya.

    Perkara itu diumumkan oleh setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan, di tengah-tengah pertikaian siapa ‘pemilik’ PN selepas PAS memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

    Takiyuddin, yang juga setiausaha agung PAS, berkata PN menerima maklum balas rasmi daripada ROS melalui surat kepadanya hari ini.

    Muhyiddin (kiri) dan Samsuri ketika PAS dan Bersatu masih bekerjasama, gambar hiasan

    Surat itu, katanya, mengesahkan penerimaan minit mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi (MT) PN bertarikh 22 Feb dan mengambil maklum mengenai kelulusan terhadap peletakan jawatan pengerusi Muhyiddin Yassin dan pelantikan Samsuri sebagai pengganti.

    MENARIK:  Belanjawan 2025: Usahawan harap tambah program, insentif, geran digital

    Katanya, ROS juga mengesahkan penerimaan salinan minit mesyuarat MT bertarikh 14 Mac dan senarai kepimpinan serta pelantikan anggota jawatankuasa baru untuk direkodkan.

    “Sehubungan itu, PN kekal komited dalam memastikan segala aktiviti, urusan pentadbiran dan pengurusan parti dilaksanakan mengikut perlembagaan parti serta mematuhi Akta 832,” katanya.

    Terdahulu terdapat pemimpin Bersatu memberitahu Malaysiakini bahawa “mesyuarat PN” akan diadakan malam ini di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya. 

    Bagaimanapun Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali kemudian menafikannya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah