24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan remaja 14 tahun menyamar jadi kakitangan Hospital Serdang

    Shopee Sale

    Seorang remaja perempuan ditahan polis kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata remaja berusia 14 tahun warga tempatan itu ditahan pada sembilan pagi di lobi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

    “Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang ada menerima laporan daripada kakitangan hospital berkenaan pada satu tengah hari, berkaitan seorang perempuan tidak dikenali berada dalam dewan bezah mengaku pegawai perubatan yang akan membantu menjalankan pembezahan.

    "Hari ini lebih kurang 8.30 pagi, pihak hospital telah mengenal pasti kehadiran individu sama cuba mendaftarkan diri di kaunter menggunakan identiti palsu. Pihak hospital terus menghubungi polis dan tangkapan telah dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata polis turut merampas baju dan seluar scrub serta lanyard hak milik hospital.

    MENARIK:  Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 8 negeri

    Wan Kamarul Azran berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar penjawat awam.

    Jika sabit kesalahan menceroboh, boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali, manakala hukuman menyamar penjawat awam pula boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah