28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pesawah didakwa buat penerbitan menghasut kaitkan Agong

    Shopee Sale

    Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini terhadap pertuduhan membuat penerbitan menghasut yang mengaitkan Yang di-Pertuan Agong di aplikasi WhatsApp, minggu lepas.

    Pengakuan Azman Md Yusof, 46, direkodkan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

    Azman didakwa melakukan kesalahan itu menerusi kumpulan WhatsApp 'Khariah Pmtg Sungai Dua' pada 8.45 malam, 25 April lepas di sebuah rumah di Permatang Sungai Dua, Kepala Batas.

    Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Peguam Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri yang mewakili tertuduh merayu jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin ditawarkan Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang Mohd Nordin Ismail dikurangkan atas alasan masalah kewangan anak guamnya.

    MENARIK:  'Hanya 1 dari 97 syarikat tersenarai milik Bumiputera sejak 3 tahun lalu'

    Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM6,500 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan supaya kumpulan whatsapp itu dinyahaktifkan serta merta, serta tertuduh dilarang membuat sebarang hantaran di media sosial sehingga kes selesai.

    Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 Mei ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah