PN hari ini mengesahkan sudah menerima draf memorandum persefahaman (MOU) daripada kerajaan berkaitan peruntukan kepada pembangkang namun mendakwa ia "pelik sikit" apabila meletakkan tujuh syarat.
Ketua Whip Ahli Parlimen PN, Takiyuddin Hassan, berkata draf yang belum dibincangkan secara mendalam itu meletakkan beberapa syarat yang mesti dipersetujui sebelum perjanjian itu dimeterai.
"Kita (PN) pun agak pelik sikit, sebab memorandum persefahaman ini sepatutnya untuk menyalurkan peruntukan wajib kepada pembangkang.
"Walaupun kami pembangkang (di Dewan Rakyat), pembangkang pun ahli parlimen juga.
"Zaman dulu (sewaktu kerajaan PN) kami bagi peruntukan kepada semua ahli parlimen
"Tapi dalam (MOU kali) ni disebut tujuh prinsip berkaitan kehidupan awam, pertuturan kebencian, hasutan kebencian, mengenai isu bangsa, agama dan raja-raja.
"Maka isu 3R pun dimasukkan dalam memorandum sebelum kerajaan nak bagi peruntukan," katanya kepada media di Bangi, Selangor hari ini.
Takiyuddin berada di situ bersama Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan penasihat empat negeri ditadbir PN, Dr Mahathir Mohamad.
[Laporan lanjut menyusul]





