22.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemimpin Gerakan upah penyiasat persendirian cari anak, bekas suami Indira

    Shopee Sale

    Timbalan Pengerusi DAP Perak Naran Singh mengupah seorang penyiasat peribadi untuk mencari bekas suami M Indira Gandhi, Ridhuan Abdullah, dan anak perempuan mereka, Prasana Diksa.

    Langkah itu selepas pendedahan yang Riduan masih ada di Malaysia.

    “Saya tak boleh dedahkan nama penyiasat peribadi atas tujuan keselamatan. Harapnya Riduan dan Prasana dapat ditemukan.

    “Sebagai peguam, saya sentiasa bekerja rapat dengan polis. Jadi kali ini saya buat keputusan untuk bantu mereka untuk cari seorang individu yang gagal dicari mereka selama bertahun,” katanya kepada Malaysiakini.

    Pada bulan lalu, Riduan dilaporkan masih berada di Malaysia selepas dia didapati menggunakan subsidi petrol Budi95 dan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara).

    Naran Singh

    Pendedahan itu mengundang perhatian ramai dengan Indira Gandhi Action Team (Ingat) dan beberapa NGO menganjurkan perarakan bersama-sama Indira.

    Naran menyuarakan kekecewaan apabila polis masih tidak dapat melaksanakan perintah mahkamah untuk mengesan Riduan dan mengembalikan Prasana kepada ibunya, yang kali terakhir bersama-samanya pada 16 tahun lalu, ketika dia baru berusia 11 bulan.

    “Dalam banyak kes, polis kita pantas mengesan mana-mana individu tetapi kes ini berbeza. Jadi kita tak boleh salahkan orang awam jika ada persepsi polis tidak serius (dalam kes ini),” katanya lagi.

    MENARIK:  Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini

    Terdahulu, langkah itu diambil selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran mencabar Naran agar memberi sumbangan yang bermakna dan bukan sekadar menyuarakan kritikan.

    Ia selepas Naran mencabar Kulasegaran untuk meletakkan jawatan jika dia gagal menyelesaikan kes Indira dalam tempoh enam bulan.

    Kulasegaran juga menjelaskan perananannya hanya terhad.

    “Para pengkritik kini mesti faham bahawa terdapat perkara tertentu yang tidak berada di bawah bidang kuasa saya dalam kerajaan. Walaupun dengan semua kekangan ini, saya akan melakukan yang terbaik untuk Indira,” katanya.

    Pada Sabtu lalu, Indira dan kira-kira 200 penyokong berarak dari Sogo ke ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur untuk menyerahkan anak patung teddy bear milik Prasana kepada Ketua Polis Negara Khalid Ismail, sebagai simbolik kepada tuntutan untuk mengembalikan anak perempuannya itu.

    Mereka menunggu di luar Bukit Aman selama hampir empat jam walaupun Khalid tidak hadir. Mereka akhirnya bersurai selepas Kulasegaran – yang turut menyertai himpunan tersebut – memberi jaminan dia akan membantu Indira mengatur pertemuan dengan Khalid.

    Pada minggu lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan polis memperluas pencarian mereka terhadap Riduan dan tidak bertumpu hanya di Kelantan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah