26 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemancing maut, rakan parah dihempap pokok tumbang di Kuala Lipis

    Shopee Sale

    Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di Lubuk Beriang, Kampung Pagar Sasak, Padang Tengku, Kuala Lipis hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Ismail Man berkata Mohd Azliana Alias, 54, beralamat di Teras Jernang, Selangor disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lipis pada 1.15 tengah hari akibat mengalami pelbagai kecederaan (polytrauma).

    Ismail berkata rakan mangsa Dzulkefli Aman, 44, dari Kampung Yain Kechau, Kuala Lipis pula cedera parah akibat patah kaki kanan dan sedang dirawat di hospital sama.

    Lima lagi rakan mangsa yang turut berada di situ terselamat.

    "Mangsa berkhemah untuk memancing dan bermalam di situ pada 2 Ogos (Jumaat). Namun, pada kira-kira pukul 7 pagi (hari ini), sebatang pokok telah tumbang di kawasan perkhemahan mereka ekoran hujan lebat, sejak malam tadi.

    "Bomba cawangan Lipis dengan bantuan penduduk kampung berjaya mengeluarkan mangsa dalam situasi sangat sukar pada pukul 11.15 pagi kerana keadaan jalan berhutan dan berlumpur.

    MENARIK:  Pengasas Bestinet miliki hartanah mewah jutaan ringgit di Dubai

    "Jarak antara lokasi kejadian dengan jalan utama dianggarkan sejauh lima kilometer," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata seramai 11 anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Lipis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 8.47 pagi tadi.

    "Operasi menyelamatkan mangsa turut menggunakan bantuan dua kenderaan pacuan empat roda milik orang awam bersama-sama dua pegawai perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah