31.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelajar SPM dapat 10A mohon matrikulasi akan dapat tempat – KPM

    Shopee Sale

    Semua pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu dan memohon untuk program matrikulasi akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.

    “Ini termasuk pelajar yang mendapat 10A dan terdapat keputusan mata pelajaran A-.

    “Dasar ini sama seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu.

    MENARIK:  Rafizi dakwa kena jerit dengan Anwar, tapi pemimpin PKR nafi

    “Ketetapan ini dibuat bagi memastikan semua pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian,” katanya.

    KPM turut memaklumkan pada masa yang sama sistem kuota bumiputera sedia ada tidak terjejas.

    “Kerajaan Madani akan terus memastikan akses pendidikan dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan aset masa hadapan negara,” kata KPM.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah