Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini mengecam tindakan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) yang dilapor mahu menyaman The Edge Communications Sdn Bhd dan salah seorang penulisnya.
Pengerusi PAC, Mas Ermieyati Samsudin merujuk tindakan HD Corp yang menganca menyaman akhbar berbahasa Inggeris itu dan menuntut permohonan maaf, serta pampasan kewangan.
"PAC mengutuk tindakan yang dilakukan oleh HD Corp dan memandang serius tentang perkara ini.
“PAC menganggap ini satu cubaan untuk memberikan tekanan kepada pihak media untuk tidak menyiarkan laparan PAC berhubung HRD Corp,” kata Mas Ermieyati dalam sidang media di parlimen hari ini.
Menurut The Edge, surat tuntutan itu dihantar bagi pihak agensi oleh firma guaman Amrit & Company.
Antara lain, surat itu mendakwa syarikat media berkenaan telah "menerbitkan secara tidak adil, sengaja, berniat jahat, melulu dan dengan niat jahat salah memetik, mensensasikan dan menyalahtafsir penemuan yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara" dalam dua artikelnya.
[Berita penuh menyusul]





