25.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menteri Luar Iran, Malaysia bincang perkembangan terkini konflik

    Shopee Sale

    Menteri Luar Iran Abbas Araghchi dan rakan sejawatannya dari Malaysia Mohamad Hasan mengadakan perbualan telefon pada Selasa untuk membincangkan hubungan bersama dan perkembangan terkini konflik, lapor Agensi Berita Mehr.

    Semasa panggilan telefon tersebut, Abbas dan Mohamad bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala dan perkembangan terkini konflik, terutamanya kesan ekonomi akibat peranang AS-Israel ke atas Iran.

    Abbas menjelaskan mengenai jenayah kejam yang dilakukan oleh AS dan Israel terhadap rakyat yang tidak bersalah di Iran, khususnya serangan ke atas sekolah, hospital dan kawasan kediaman, selain menekankan keazaman Tehran untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayahnya.

    Katanya, Iran akan mempertahankan semua itu dengan kuasa dan kekuatan tertinggi.

    Abbas juga memberitahu Iran komited untuk meneruskan hubungan persahabatan berasaskan semangat kejiranan yang baik dengan semua negara di rantau ini.

    MENARIK:  Peguam gesa Malaysia-S’pura buat perjanjian bersama isu hukuman mati

    Bagaimanapun, katanya, penggunaan pangkalan dan fasiliti tentera di negara-negara serantau oleh AS dan Israel untuk menyerang Iran menyebabkan Tehran tidak ada pilihan kecuali menggunakan langkah-langkah pertahanan dalam haknya untuk mempertahankan diri.

    Abbas merujuk kepada akibat pencerobohan tentera oleh AS dan rejim Zionis terhadap ekonomi, keselamatan dan kestabilan rantau ini, serta keselamatan maritim di Selat Hormuz.

    Dia menekankan bahawa ketidakamanan di Selat Hormuz adalah akibat langsung daripada pencerobohan tentera AS dan rejim Zionis, dan Iran telah menerima pakai beberapa siri langkah dalam rangka kerja undang-undang antarabangsa untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayahnya.

    - Bernama/MNA

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah