26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MAHB mohon nyah senarai dari Bursa Malaysia

    Shopee Sale

    Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengemukakan permohonan kepada Bursa Securities untuk mengeluarkan status penyenaraiannya daripada Senarai Rasmi, selaras dengan Perenggan 16.07(a) Keperluan Penyenaraian.

    Semalam (Rabu), Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (secara kolektif, konsortium) menerima penerimaan sah sejumlah 1.646 bilion saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), mewakili 98.68 peratus daripada jumlah saham terbitan MAHB setakat jam 5 petang.

    AmInvestment Bank dalam satu kenyataan bagi pihak konsortium berkata konsortium itu akan menggunakan peruntukan Seksyen 222 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 untuk mewajibkan pemerolehan mana-mana baki saham tawaran daripada pemegang yang tidak bersetuju, dan langkah yang perlu juga akan diambil untuk menyahsenarai penerima tawaran daripada Senarai Rasmi.

    MENARIK:  Menteri sambut baik pengumuman geran latihan kepada belia India

    Memandangkan konsortium tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian setelah secara kolektif memegang lebih 90 peratus saham MAHB mengikut tawaran itu, Bursa Malaysia Securities akan menggantung dagangan saham MAHB mulai 20 Feb, lima hari pasaran daripada 12 Feb.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah