28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Loke marah, terkilan gangguan Aerotrain

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Menteri Pengangkutan Anthony Loke memberi jaminan akan mengambil tindakan bersifat menghukum terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) susulan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Berucap di Dewan Rakyat, Loke menegaskan MAHB turut perlu menuntut penjelasan daripada syarikat kontraktor yang dilantik, selepas gangguan terbaru dilaporkan pada 28 Oktober — insiden pertama dalam tempoh tiga bulan.

    “Dari segi prestasi, dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini, kadar operasi Aerotrain berada pada tahap 99 peratus — memang hampir tiada masalah.

    "Satu gangguan yang berlaku itu pun bukan alasan untuk kita abaikan tanggungjawab mereka,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perolehan 2026.

    “Saya bukan mahu mempertahankan mereka. Betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat — imej tersebut amat memalukan.

    "Saya sendiri malu melihat penumpang terpaksa mengambil bagasi mereka dan berjalan di atas landasan.

    “Saya marah, dan saya juga amat tekilan dengan insiden tersebut,” kata Loke menjawab celahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN–Machang).

    Wan Fayhsal, yang bangun mencelah ucapan Loke, merujuk laporan akhbar Cina mengenai insiden itu yang memaparkan gambar penumpang menarik bagasi di atas landasan.

    MAHB pada maklum balasnya berkata gangguan perkhidmatan Aerotrain pada 28 Oktober berpunca daripada kerosakan sistem bekalan kuasa — sama seperti insiden pada 15 Oktober lalu — di bawah tanggungjawab kontraktor IJM–Pestec Joint Venture (IPJV).

    Syarikat itu menambah bahawa Alstom selaku peneraju projek Aerotrain dan IPJV dijangka mengemukakan laporan terperinci serta penjelasan berhubung kedua-dua kejadian tersebut.

    MENARIK:  Isu sebenar adalah babi, bukan haji - Pemuda PAS

    “Justeru, saya akan mengambil tindakan punitif bagi memastikan accountability daripada pihak MAHB.

    "MAHB juga perlu memastikan pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan memberikan penjelasan — mengapa mereka, walaupun diberi tanggungjawab dan menggunakan sistem yang baharu, gagal memastikan perkhidmatan yang terbaik.

    "Saya berharap isu ini dapat diselesaikan segera,” kata Loke.

    Proses wajar mesti diikuti

    Dalam ucapannya lebih awal, Loke mengulangi perananan Kementerian Pengangkutan sebagai pengawal selia perkhidmatan Aerotrain,dan dia sebelum ini telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) menjalankan siasatan terhadap kejadian berkenaan.

    Katanya, kementerian akan meneliti hasil siasatan itu bagi mengenal pasti kelemahan MAHB, sambil menambah bahawa jumlah denda maksimum yang boleh dikenakan bagi satu gangguan perkhidmatan ialah RM250,000.

    “Tindakan punitif oleh Kementerian Pengangkutan melalui APAD akan diambil terhadap MAHB, supaya kita memberikan satu mesej yang jelas kepada syarikat-syarikat ini — walaupun mereka GLC, tetapi mereka tetap mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

    "Dari segi tindakan untuk memberhentikan operasi, saya belum mempertimbangkan untuk menghentikan keseluruhan sistem Aerotrain ini.

    "Memang betul ada gangguan, tetapi kita mahu pihak MAHB memastikan agar pihak OEM memberikan jaminan supaya perkhidmatan dapat disediakan dengan sebaik mungkin,” kata Loke lagi.


    Laporan oleh N Faizal Ghazali, Alyaa Alhadjri, Zarrah Morden

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah