29 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki terselamat dalam tembakan dengan turunkan kerusi pemandu

    Shopee Sale

    Lelaki yang terselamat dalam kejadian tembakan di hadapan sebuah sekolah rendah di Sungai Nyior, di Batu Kawan Selasa lepas, sempat menurunkan sepenuhnya kerusi kenderaan dipandunya semasa kejadian berlaku.

    Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata pada awalnya, lelaki itu hanya menurunkan separuh kerusi tempat pemandu sementara menunggu anaknya pulang dari sekolah.

    “Menurut lelaki itu, dia nampak sebuah motosikal meluru ke arah kenderaannya dan terus menurunkan kerusi pemandu sehingga dalam keadaan baring, menyebabkan tembakan dilepaskan dua suspek tidak mengenai mangsa.

    “Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan kami tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali dua lelaki yang melepaskan tembakan walaupun dia menafikan perkara itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Pasar Awam dan Pasar Penjaja di Bandar Cassia, Batu Kawan hari ini, yang dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

    MENARIK:  Editor media Tamil terima surat tuntutan dari pegawai timbalan menteri

    Mengulas lanjut, Mohd Alwi berkata lelaki berusia 40-an itu merupakan ahli perniagaan dan mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah.

    Polis tidak menolak kemungkinan kejadian mempunyai kaitan dengan gengsterisme kerana siasatan mendapati lelaki itu merupakan ahli gengster sebelum ini, namun tidak lagi terlibat dengan kegiatan terbabit.

    “Polis Pulau Pinang juga menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan siasatan terperinci kes itu termasuk usaha mengesan dua lelaki yang melepaskan tembakan,” katanya.

    Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

    Beliau turut memberikan jaminan walaupun berlaku di hadapan sekolah, keadaan adalah selamat dan polis juga meningkatkan kawalan keselamatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah