33.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Krisis politik Perlis: ‘Tiada siapa dalam PAS khianati parti’

    Shopee Sale

    Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ahmad Adnan Fadzil, menegaskan bahawa tiada pemimpin PAS di negeri itu mengkhianati parti susulan kemelut politik yang melanda baru-baru ini.

    Ahmad Adnan merujuk kepada isu peletakan jawatan Mohd Shukri Ramli sebagai menteri besar Perlis serta pemecatan tiga Adun PAS — Saad Seman (Chuping), Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) dan Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) baru-baru ini.

    "Situasi yang melanda bukan berpunca daripada pengkhianatan sesama ahli, tetapi lebih kepada kegagalan pihak tertentu memainkan perananan dan tanggungjawab sewajarnya sebelum ketegangan politik memuncak.

    “Saya kenal YAB Cikgu Shukri, saya juga kenal YB Saad, YB Ustaz Ridhuan dan YB Fakhrul. Mereka semua rakan setia dalam PAS.

    "Tiada siapa daripada mereka yang mengkhianati parti,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

    Politik di Perlis baru-baru bergolak susulan terdapat usaha menyingkirkan Mohd Shukri sebagai menteri besar melalui tindakan lapan Adun - tiga daripada PAS dan lima daripada Bersatu.

    Lapan Adun terbabit juga dikatakan telah mengemukakan Akuan Bersumpah (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi mengisytiharkan hilang keyakinan terhadap Mohd Shukri.

    Mohd Shukri, yang juga merupakan Adun Sanglang, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar Perlis pada 25 Dis lalu.

    MENARIK:  ULASAN | Mesej politik di sebalik pelantikan Mojtaba Khamenei

    Sementara PAS pula telah memecat ketiga-tiga Adun berkenaan.

    Mengulas lanjut, Ahmad Adnan juga menegaskan bahawa rakan komponen PAS dalam PN, Bersatu dan bekas menteri besar Perlis Shahidan Kassim tidak terlibat secara langsung dalam kemelut itu.

    "Siapa tidak tahu cerita sebenar tak usah meneka dalam kesamaran.

    "Biar pimpinan dan mereka yang terlibat menyelesaikan kemelut ini dengan damai.

    "Tapi jika ada yang jahat dan melampau kita doakan hukuman Allah kecuali mereka bertaubat," katanya lagi.

    Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata parti itu akan memanggil kelima-lima Adunnya yang didakwa menandatangani SD berkenaan.

    Muhyiddin berkata Bersatu tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk mereka menandatangani SD tersebut dan akan mendapatkan penjelasan daripada mereka mengenai perkara itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah