27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KPN: Siasatan kes Faisal Halim masih diteruskan

    Shopee Sale

    Siasatan kes kejadian simbah asid melibatkan tonggak utama pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim masih diteruskan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

    Beliau berkata polis masih giat menjalankan siasatan bagi mencari petunjuk baharu kes tersebut dan sehingga kini tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan, manakala 23 inidividu telah diambil keterangan.

    “Hasil analisis forensik terhadap telefon bimbit mereka mendapati tiada bukti atau perbualan yang mereka mengaitkan mereka terlibat dalam kes itu. Pemeriksaan terhadap akaun-akaun bank mereka juga tidak menemukan sebarang transaksi wang meragukan atau upah bayaran,” katanya ketika dihubungi Bernama, di Kuala Lumpur, hari ini.

    MENARIK:  Ruang udara Asia Barat ditutup, Loke arah syarikat mitigasi risiko perang

    Beliau berkata siasatan polis juga mendapati nombor plat motosikal yang digunakan suspek dalam kes berkenaan adalah palsu.

    Pada 5 Mei lepas Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 berusia 26 tahun itu menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah