29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerani rugi hampir RM300,000 diperdaya tawaran kerja sambilan

    Shopee Sale

    Seorang kerani akaun kerugian hampir RM300,000 selepas diperdaya sindiket tawaran kerja sambilan – yang sebenarnya tidak wujud – melalui aplikasi media sosial pada bulan lalu.

    Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata wanita berusia 52 tahun itu berkenalan dengan seorang individu menerusi TikTok pada 1 Ogos sebelum ditawarkan peluang pekerjaan sambilan melalui satu pautan yang menyerupai platform e-dagang.

    “Mangsa menerima pautan laman web daripada suspek dan membuat pendaftaran pada laman tersebut.

    “Wanita terbabit diarahkan membuat pembayaran terlebih dahulu atas nama tempahan pelanggan kononnya bagi urusan jualan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Jangan takut, UIAM yang buat kajian bukan orang DAP - Hannah Yeoh

    Yahaya berkata mangsa kemudian membuat sebanyak 16 transaksi ke dalam empat akaun bank berbeza berjumlah RM299,646 menggunakan wang simpanannya sendiri, namun tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan.

    Pada masa sama Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan melalui media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

    Semakan awal, katanya, boleh dibuat pada portal rasmi bagi mengenal pasti akaun bank yang mempunyai rekod penipuan.

    “Orang awam yang mengesyaki menjadi mangsa juga dinasihatkan segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997,” katanya.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah