30.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerajaan dibenar tangguh laksana hasil 40% Sabah sementara rayuan

    Shopee Sale

    Mahkamah Rayuan membenarkan kerajaan menangguhkan pelaksanaan semakan hak hasil 40 peratus Sabah sementara menunggu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

    Panel hari ini yang dipengerusikan Hakim Zaini Mazlan berkata kerajaan akan terjejas sekiranya penangguhan tidak diberikan kerana terdapat risiko sebenar kegagalan mematuhi tempoh masa yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi.

    Penguatkuasaan pematuhan dalam keadaan sedemikian sebelum rayuan kerajaan didengar akan menafikan peluang untuk mengemukakan cabaran mereka, kata Zaini ketika membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan oleh kerajaan pagi ini.

    “Ia juga kelihatan bahawa perintah Mahkamah Tinggi itu tidak selaras dengan peruntukan Perkara 112D (Perlembagaan Persekutuan).

    “Sebagai contoh, pemohon diwajibkan membuat bayaran sedangkan Perkara 112D menetapkan bahawa, sekiranya berlaku pertikaian, perkara itu perlu dirujuk kepada penilai bebas.

    MENARIK:  Mangsa banjir Kelantan cecah 72,360 orang

    “Pemohon jelas akan diprejudis (terjejas) sekiranya dipaksa mematuhi perintah mahkamah tanpa peluang untuk mengemukakan kes mereka di peringkat rayuan,” katanya.

    Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan merujuk:

    • Pemberian khas kepada Sabah atau Sarawak di bawah Perkara 112C(4) hendaklah disemak oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, dan jika dipersetujui, diubah sewajarnya.

    • Semakan itu hendaklah dibuat setiap lima tahun atau lebih awal jika dipersetujui kedua-dua pihak.

    • Jika tiada persetujuan dicapai, perkara tersebut hendaklah dirujuk kepada penilai bebas yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, dan jumlah yang ditentukan penilai itu menjadi jumlah yang perlu dibayar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah