25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kabinet lulus pembesaran lapangan terbang Pulau Pinang – Loke

    Shopee Sale

    Usaha pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang menelan kos melebihi RM1 bilion, telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada minggu lepas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

    Beliau berkata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan bertanggungjawab bagi proses tender dan pembiayaan projek berkenaan.

    “Angka (kos) sebenar akan hanya dapat ditentukan selepas proses tender,” katanya kepada media selepas merasmikan acara Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi, hari ini.

    Mengulas selanjutnya, beliau berkata kerajaan berharap keseluruhan projek pembesaran LTAPP itu dapat dimulakan pada tahun ini dan siap dalam tempoh kira-kira empat tahun.

    Selain itu, katanya, syarikat penerbangan AirAsia telah mengemukakan permohonan kepada kementerian dan telah mendapat kelulusan awal untuk mengenakan caj tambahan bagi pelepasan karbon.

    Loke bagaimanapun menegaskan bahawa bayaran itu adalah minimum dan ditentukan oleh kuasa pasaran memandangkan sebarang cukai karbon yang tinggi boleh menjejaskan minat orang ramai.

    “Ini bukan mandatori dan sesuatu yang perlu diputuskan sendiri oleh syarikat penerbangan, bergantung kepada strategi serta mekanisme harga masing-masing,” katanya.

    Beliau berkata berbeza dengan Singapura, Malaysia sebaliknya mengambil pendekatan lain berkaitan komitmen berkenaan.

    MENARIK:  Slot matrikulasi: MIC tulis surat ke Fadhlina, 'ujian pertama' Nurul Izzah

    “Namun, bahan api penerbangan mampan (SAF) adalah mahal. Bagi membolehkan syarikat penerbangan melaksanakan penggunaan SAF, mereka perlu menaikkan harga (tambang) atau mengenakan caj tertentu ke atas penumpang,” katanya.

    Loke berkata walaupun syarikat penerbangan tertentu berhasrat mengenakan caj karbon itu, kementerian melihatnya sebagai satu pilihan.

    “Ada cara lain untuk melakukannya dari segi mengurangkan pelepasan karbon seperti kecekapan operasi. Sebagai contoh, bagaimana kita dapat memastikan pelepasan dan pendaratan pesawat secara lebih cekap dan teratur tanpa memakan tempoh lebih lama atau mengurangkan masa terbabit,” katanya.

    Usaha itu, katanya, memerlukan kerjasama pengurusan trafik udara yang tertakluk di bawah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah