25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan risau keselesaan kami’ – Pemuda DAP Melaka alu-alukan pusat khidmat DHPP

    Shopee Sale

    Ketua Pemuda DAP (Dapsy) Melaka, Cassel Krishnan, menyatakan rasa tertarik dengan penubuhan pusat khidmat masyarakat pertama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Melaka di Taman Peringgit Jaya.

    Penyelaras DUN Pengkalan Batu itu berkata, sebarang inisiatif yang dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk di kawasannya itu amat dialu-alukan dan berharap agar mereka menjalankan program-program mereka dengan mengutamakan kepentingan rakyat.

    "Namun, kenyataan daripada Ketua DHPP Melaka bahawa pembukaan pusat ini akan 'membuat DAP tidak selesa' menimbulkan persoalan mengenai tujuan sebenar inisiatif ini.

    "DAP telah dipilih secara sah dan mendapat sokongan kuat ketika bekerjasama PH di Melaka pada PRN dan PRU ke-15 yang lepas. Oleh itu kami tetap berkhidmat untuk rakyat, termasuk di kawasan yang kami belum mendapat mandat majoriti," katanya dalam kenyataan media.

    Semalam Malaysiakini melaporkan, DHPP Melaka melancarkan pusat khidmat masyarakat pertama dalam majlis yang berlangsung Sabtu lalu.

    Lebih menarik, DHPP memilih Melaka sebagai lokasi pusat khidmat pertama tersebut dan langkah berkenaan disifatkan bakal mengganggu keselesaan kedudukan DAP di situ.

    Ketua DHPP Melaka, Shawn Loh Sheng Nian, berkata pihaknya yakin usaha itu akan mampu melemahkan pengaruh DAP di Melaka pada masa akan datang.

    Sementara itu Cassel melontarkan nasihat ikhlas kepada DHPP Melaka supaya sayap parti PAS itu supaya fokus kepada usaha berkhidmat untuk rakyat terlebih dahulu dan kurangkan perhatian terhadap 'membuat DAP tidak selesa'.

    MENARIK:  India gagalkan cubaan kedua seludup haiwan dari KL dalam seminggu

    "Jangan risau tentang tahap keselesaan kami dalam DAP.

    "Ada masanya untuk membina negara, dan ada masanya untuk berpolitik. Fokus DHPP Melaka ketika ini yang mana satu?" soalnya.

    Tambahnya, sebagai penyelaras yang dilantik oleh Jawatankuasa DAP negeri bagi DUN Pengkalan Batu sejak 2023, dan setelah berkhidmat di bawah Penyelaras sebelum ini sejak 2020, dia memahami betapa besarnya usaha yang diperlukan – terutamanya semasa pandemik Covid-19.

    "(Ini) untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan, tanpa mengira latar belakang politik atau kaum.

    "Keutamaan kami sentiasa adalah untuk memperjuangkan nasib dan mempertahankan hak-hak rakyat jelata. Kami telah lama juga mendapati bahawa rakyat tidak menghargai retorik semata-mata.

    "Oleh itu, prinsip kami adalah 'kurangkan bercakap, lebihkan kerja'," tegas Cassel.

    Pusat khidmat masyarakat DHPP Melaka itu terletak di DUN Pengkalan Batu yang kini disandang wakil rakyat BN, Kalsom Nordin yang dimenanginya dengan majoriti 131 undi dalam perlawanan lima penjuru pada pilihan raya negeri (PRN) 2021.

    Ketika itu, PN diwakili calon daripada Bersatu berada di kedudukan ketiga dengan memperolehi 2,681 undi, diatasi calon DAP pada kedudukan kedua dengan 4,708 undi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah