29.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jabatan kesihatan nafi ada 16 kes kencing tikus di air terjun Kemaman

    Shopee Sale

    Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan hanya dua kes disyaki jangkitan Leptospirosis atau kencing tikus yang dilaporkan berkaitan dengan pengunjung Air Terjun Menderu di Kemaman pada tahun ini dan bukan 16 kes seperti tular di media sosial.

    Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong berkata pihaknya menerima notifikasi bagi kes pertama disyaki Leptospirosis pada 27 Mei lepas, namun ujian pengesahan yang dijalankan adalah negatif.

    “Notifikasi kes kedua pula diterima pada 20 Jun lepas. Sampel darah kes untuk ujian pengesahan telah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam (MKA) Perol, Kelantan dan masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil memaklumkan tiada kes kencing tikus yang dilaporkan berkaitan dengan kawasan rekreasi itu pada 2023.

    Dia berkata JKNT akan terus memantau perkembangan terkini kejadian jangkitan serta meningkatkan kesiapsiagaan dalam melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan dengan kerjasama semua agensi berkaitan.

    MENARIK:  Anwar sebak, hati luka terima pesan akhir Haniyeh

    Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah-langkah pencegahan ketika melakukan aktiviti di kawasan rekreasi untuk mengelakkan jangkitan.

    “Ini termasuk memastikan kebersihan persekitaran ketika melakukan aktiviti rekreasi, tidak meminum air dari sungai dan memilih makanan serta minuman dari sumber yang bersih. Orang ramai juga perlu segera mendapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berhampiran sekiranya bergejala setelah mengunjungi mana-mana pusat rekreasi,” katanya.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah