26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hannah menang saman fitnah ke atas bekas IGP

    Shopee Sale

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menang dalam rayuannya untuk mengketepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap bekas ketua polis negara, Musa Hassan.

    Dalam menyampaikan penghakiman sebulat suara mahkamah, Hakim Azimah Omar berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah terkhilaf apabila menolak saman Yeoh pada tahun 2024.

    Turut bersidang bersama adalah Hakim Choo Kah Sing dan Shahnaz Sulaima.

    Mahkamah turut memerintahkan Musa supaya membayar ganti rugi RM250,000 dan kos RM60,000 kepada Yeoh.

    Ahli Parlimen Segambut itu memfailkan saman berkenaan pada tahun 2020 selepas Musa pada satu forum di Universiti Teknologi Mara mendakwa bahawa bukunya yang bertajuk 'Becoming Hannah' bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

    MENARIK:  Kelantan ucap terima kasih pada PM percepat projek Sungai Golok

    Selain itu Yeoh juga dituduh mempunyai hubungan dengan mubaligh Kristian dan Yahudi untuk menjejaskan agama Islam serta Malaysia, dan mengutamakan kepentingan peribadi berbanding negara.

    Yeoh dalam autobiografi antara lain menceritakan perjalanannya sebagai seorang wanita Malaysia biasa yang hidupnya diubah melalui kepercayaan Kristiannya, yang kemudiannya membawanya ke dalam politik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah