24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    GISBH: Mais mulakan proses pulih akidah 261 kanak-kanak

    Shopee Sale

    Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah mula melaksanakan proses pemulihan akidah terhadap 261 kanak-kanak ahli kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sejak 1 Okt lepas dengan menggunakan modul khas yang dibangunkan oleh majlis agama itu.

    Pengerusi Mais Abdul Aziz Mohd Yusof berkata modul yang dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas) itu adalah antara pelan tindakan penyediaan bantuan pemulihan akidah dan sosial kanak-kanak GISBH yang bermula sejak 23 Sept lepas.

    “Sehingga kini, seramai 20 orang guru Al-Riqab Mais terlibat mengajar di rumah kebajikan seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan 261 kanak-kanak itu.

    “Selain itu, melalui agensi Mais iaitu Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide), kita turut menyalurkan keperluan asas termasuk keperluan asas ibadah solat untuk kanak-kanak ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Pada masa sama, dia berkata Mais juga mempunyai pusat pemulihan iaitu Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.

    Katanya, kedua-dua pusat ini berperananan menguruskan perkhidmatan perlindungan bimbingan, pemulihan rawatan spiritual Islam dan kaunseling kepada individu dan kumpulan umat Islam yang memerlukan pemulihan akidah dan akhlak.

    “Oleh itu, Mais sentiasa bersedia membantu bekas ahli GISBH sama ada kemasukan secara sukarela atau perintah mahkamah bagi proses pemulihan,” katanya yang turut memaklumkan Mais mempunyai 26 rumah pemulihan Al-Riqab untuk membantu pemulihan ahli GISBH dengan modul yang sama.

    MENARIK:  Anak muda, pengundi luar pilih BN di Nenggiri - Asyraf

    Menyentuh tentang peranancangan jangka panjang, Abdul Aziz berkata mereka yang telah mengikuti proses pemulihan boleh menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sama ada untuk tujuan pembangunan sosial, kebajikan, pendidikan mahupun ekonomi bergantung kepada syarat tertentu. 

    Selain itu, dia berkata bagi memastikan mereka yang di luar sana terus dibimbing dan tidak terjebak dengan ajaran ini, usaha dakwah dan kesedaran menerusi Bahagian Dakwah Jais terus digiatkan

    Malah beberapa jawatankuasa Mais sedia ada seperti Jawatankuasa Bertindak Ancaman Akidah, Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Wanita, Jawatankuasa Dakwah, Jawatankuasa Pengawalan Akidah dan Jawatankuasa Riqab turut memainkan perananan masing-masing bagi memperkasakan usaha membanteras ajaran sesat dan usaha dakwah, katanya.

    Dia menambah pihaknya turut menubuhkan jawatankuasa khas yang terdiri daripada Mais, JAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), JKM dan agensi yang berkaitan bagi menyelaras tindakan terhadap GISBH dan rangkaiannya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah