25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dewan Rakyat lulus bacaan kedua Belanjawan 2026

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 untuk bacaan kedua menerusi undian belah bahagi.

    Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul memaklumkan RUU itu diluluskan dengan 120 undi menyokong dan 67 undi menentang.

    Seramai 35 anggota Parlimen tidak hadir untuk undian, katanya,

    Ketua Whip pembangkang, Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) memohon agar undian belah bahagi diadakan dengan menggunakan Peraturan Mesyuarat 46(4). Dia disokong oleh lebih 15 anggota Parlimen.

    MENARIK:  Akaun FB Najib ulang kritikan pada hakim SRC

    RUU Perbekalan 2026 akan melalui perbahasan peringkat jawatankuasa, yang dijangka bermula esok sehingga 27 November.

    Perbekalan 2026 dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim pada 10 Oktober lalu.

    Jumlah peruntukan untuk belanjawan tahun hadapan adalah RM419.2 bilion, kurang RM1.8 bilion daripada belanjawan tahun ini.

    [Berita lanjut menyusul]


    Laporan oleh Alyaa Alhadjri, Haspaizi Zain, Zarrah Morden

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah