27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar sindir pengkritik ‘tak tahu sejarah’

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan mereka yang mengkritiknya berhubung isu badan kehakiman tidak memahami sejarah.  

    “Sebab itu, kadang-kadang apabila dibincangkan tentang badan kehakiman sekarang, saya anggap ada yang langsung tidak memahami sejarah. 

    “Orang-orang yang pernah bersekongkol dengan segala penindasan dan kezaliman dahulu, kini mahu berbicara tentang kebebasan,” katanya di Shah Alam hari ini.  

    Dia berucap semasa pelancaran biografi kartunis politik Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar.  

    Bagaimanapun, pengkritik Anwar dalam isu kehakiman terkini mengaitkannya dengan skandal VK Lingam.  

    Mereka merujuk rakaman Lingam, seorang peguam, yang mendedahkan dalam panggilan telefon bagaimana dia mempengaruhi pelantikan hakim-hakim penting.  

    Rakaman itu terbongkar pada 2007, mencetuskan kemarahan meluas yang akhirnya membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) pada 2009.  

    Skandal kehakiman terkini berkisar tentang perananan JAC mencalonkan lantikan hakim, dengan ramai yang membangkitkan kebimbangan tentang perananan perdana menteri dalam proses itu.  

    MENARIK:  Lebih 100 menteri, MP sertai pemukiman Madani di PD

    Undang-undang AI dan hak cipta

    Dalam ucapannya, Anwar turut mencadangkan Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital merangka undang-undang mengenai kecerdasan buatan (AI) untuk melindungi hak cipta.  

    Dia  menekankan jaminan penting untuk mereka yang bekerja dalam bidang kreatif seperti kartunis, pembikin filem dan penyair.  

    “Perlindungan harus diberikan bukan sahaja kepada kartunis, tetapi juga filem, puisi, dan karya seni lain yang kadang-kadang 'dibunuh' oleh sistem yang mematikan daya cipta dan keupayaan seniman. 

    “Oleh itu, Kementerian Digital dan Komunikasi perlu mewujudkan peruntukan perundangan yang memastikan negara kita tidak hanya mengikut acuan luar, sehingga akhirnya kehilangan jati diri, nilai, dan apa yang sepatutnya dipupuk di sini," katanya

    Anwar berkata golongan muda perlu dilatih dalam AI untuk memastikan mereka mengekalkan nilai-nilai tempatan termasuk kepercayaan agama dan kepelbagaian.  

    Dia juga membandingkan perubahan negara sejak zaman muda Zulkiflee.  

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah