32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    57 loji nuklear Perancis tarik minat M’sia ikut jejak?

    Shopee Sale

    Malaysia boleh menjadikan Perancis sebagai contoh dan penanda aras dalam mempertimbangkan opsyen tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kejayaan Perancis membangunkan 57 loji janakuasa nuklear yang membekalkan hampir 70 peratus tenaga elektrik negara itu, wajar dijadikan rujukan.

    Beliau kini berada di negara berkenaan bagi menghadiri sesi perkongsian ilmu bersama pihak berkuasa dan agensi utama yang terbabit dalam kawal selia, tadbir urus serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi nuklear.

    MENARIK:  Kurang runding, disiplin parti punca k'jaan PH tumbang 2020 - PSM

    “Sesi ini telah memberi peluang untuk memahami perananan dan fungsi penting institusi berkaitan kawal selia dan tadbir urus nuklear di Perancis, selain program dan perkhidmatan sokongan kepada negara yang berminat melaksanakan program nuklear.

    “Antaranya termasuk sokongan kepada negara baharu (EDF), pembangunan kapasiti sumber manusia (I2EN), sokongan kejuruteraan (Assystem), kerangka kawal selia (ASNR), pengurusan sisa (ANDRA) serta R&D dan inovasi (CEA),” katanya menerusi hantaran di media semalam

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah