Ahli politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan dia menyalurkan 100 peratus bayaran diterima hasil menjadi wajah kempen produk kecantikan, Wawa Cosmetics kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar, Johor.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kalau Setiap Hari Saya Bawa Bella Datang Muar, Baik Kahwin Dulu Lah’ – Syed Saddiq
Artikel Berkaitan: ‘Bakal Isteri Ada Syarifah Tak?’ – Ustaz Azhar Idrus Jawab Soalan Syed Saddiq Isu Kahwin Sekufu
Salur untuk kebajikan rakyat

Menurut Syed Saddiq, dia tidak akan mengambil setiap bayaran yang diterima kerana fokus utama adalah menjaga kebajikan penduduk di kerusi Parlimen yang diwakilinya itu.
Setiap satu sen yang diperoleh (daripada bayaran diterima dari Wawa Cosmetics) akan disalurkan kepada kebajikan khususnya buat membantu rakyat Muar sendiri.
Saya memang lakukan perkara ini dengan niat yang jelas iaitu untuk kebajikan. Itu adalah fokus utama saya.
Tetapi berapa jumlahnya, kena dapat kebenaran boss-boss (pemilik Wawa Cosmetics) di sebelah saya ini. Apa-apa pun, saya akan perincikan.
Bagaimanapun, Syed Saddiq menghormati keputusan beberapa jenama yang tidak membenarkan perkara ini kerana perlu melalui beberapa agensi.
Mereka kata tak boleh umumkan, tetapi mereka benarkan kita maklumkan jenis bantuan yang disampaikan itu.
Syed Saddiq berkata demikian ketika majlis New Chapter anjuran Wawa Cosmetics yang diadakan di ibu kota, pada Ahad.
‘Banyak tawaran saya tolak atas sebab-sebab tertentu’

Dalam pada itu, Syed Saddiq memberitahu dia menerima tawaran sebagai wajah kempen kepada produk pelindung matahari kerana sesuai dengan dirinya yang aktif bersukan.
Wawa Cosmetics adalah produk Malaysia dan berjaya. Produk ini juga sesuai dengan saya sendiri yang suka bersukan.
Itu adalah jenama yang saya rasa berpatutan dan produknya juga mudah untuk saya pasarkan.
Namun, banyak juga tawaran yang saya tolak atas sebab-sebab tertentu.
Saya sendiri seorang penggubal dasar. Maka, sebagai penggubal dasar, satu keutamaan perlu diberikan kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu.
Selain Syed Saddiq, pempengaruh dan usahawan Umisya Mazlan bersama suaminya, Aslam turut diumum sebagai wajah kempen Wawa Cosmetics yang diusahakan pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.
Kempen ini bertujuan untuk memperkenalkan tiga pelindung matahari baharu yang diformulasi khusus untuk lelaki dan wanita, terutamanya mereka yang aktif bersukan.
Produk baharu ini hadir dengan formula mineral terkini yang lebih selamat dan mesra kulit, seiring dengan komitmen Wawa Cosmetics untuk menyediakan produk kosmetik berkualiti tinggi, halal dan selamat digunakan oleh semua.
Acara itu juga menandakan fasa baharu jenama tersebut melalui penjenamaan semula logo dan strategi membanteras produk tiruan.
The post [VIDEO] Syed Saddiq Tidak Ambil Bayaran Jadi Wajah Kempen, 100 Peratus Untuk Kebajikan Rakyat Muar first appeared on OHBULAN!.